We think we are as young as years gone by, but the youth is just in our head and heart.
by MakCikPC on Apr.22, 2010, under Attention!
Salam,
Waa sangat panjang tajuk entri kali ni. Sebenarnya makcik semakin tak pandai dah nak meneruskan penulisan blog ni. Semakin lemau dgn address blog yang tak baper best ni.asik-asik tukar.Makcik nak mentin kat blogger lain pun rasa mcm letihnya la.Sebab takut nanti tukar lagi domain. Jadi biar la makcik tunggu dulu sehingga dpt domain yg sesuai dan dah terbukti domain tu akan digunakan dalam jangkamasa yang lama.Okay, now kita go through one by one…
Berkenaan tajuk…erm..ada related dgn besday makcik…huhuhuh…besday dah belated 2 bulan lebih dah…baru ada entri pasal besday.Sgt pathetic, bukan apa,masa sgt terbatas, makcik tanka salahkan anak punca makcik tak dapat update blog,sebenarnya ada benda yang jauh lagi penting dari blog yang perlu makcik utamakan. Ok ada org kata once umur bertambah setiap tahun hanyalah nombor..tak bermaksud apa-apa pun, yang penting happy go lucky, tp kalau kite fikir umur la benda yang makin jauh makin ia meninggalkan kita. Bukan sekadar nombor.Makcik now 29, semakin ngeri bila tahun depan angka 2 itu akn berubah ke 3, org kata JANGAN PANDANG BELAKANG, tp makcik tak boleh lupakan yang belakang walaupun kaki meneruskan langkah ke depan. Apa pencapaian kita selama kite hidup 29 tahun ni. Huhuhuh sadis tau. Erm sambutan besday, takde la hapening sangat, cuma hubby bawa bercuti di cameron..kami semua tak pernah ke sana. So report pasal cameron ada di entri lepas.Dan pic di bawah sambutan besday batch di ofis.

Ok..kisah kesibukan makcik di tambah dengan aktiviti persatuan..tau-tau je la bila dah jadi ajk ni..kene la tunjuk rajin…dan makcik juga sibuk bersukan..balas dendam hampir setahun tak dpt melompat…yela pregnant + pantang, itu pun lepas pantang masuk keje mana leh melompat lagi…kene tunggu 2-3 bulan jugak la….la ni tambah lagi satu game..futsal pulak….best tau main futsal kalau kite tau basic dan ada org ajar..memula mcm kelakar je nak kick kick bola…dengar mcm ganas je futsal…sebenarnye futsal mmg tak sama dgn football…football ada tackle..ada pelanggaran…tp futsal takde…kalau ada body contact dah foul..mmg ko bawa bola..pass kat geng pastu golkan…itu je…takde offside offside pulak…sekarang makcik dah seronok main 2 game ni..badminton n futsal….
Ok hal anak-anak nanti makcik citer lain tajuk okay?Jumpa di lain entri…daaaaaaaaaaaaaaaaa
Pic di bawah..makcik sibuk berpersatuan..

It tooks so long….
by MakCikPC on Mar.27, 2010, under Ammar, Arissa, Coretan
Assalammualaikum,
Semakin lama semakin sunyi blog makcik yang tersimpan pelbagai komen ni. Apa yang menyebabkan makcik semakin menyepi dalam dunia blog ini?Sebenarnya banyak sebab, nak cerita kat sini pun macam erm..macam..pendam saja la.Pertama makcik terlalu sibuk dengan urusan keluarga sejak ahli keluarga bertambah dan ammar pula semakin dewasa,perlu perhatian lebih dari segi mengenal dunia. Takut tersalah tafsir lain jadinya nanti. Makcik dan suami juga sibuk memperbaiki dan muhasabah diri supaya menjadi contoh yang baik buat ammar. Keduanya makcik sibuk dengan kerja-kerja di pejabat tambahan pula semenjak Februari lagi makcik telahpun menamatkan perkhidmatan C***** Berukband. Jadi tak dapat la bawa modem ke pejabat lagi untuk jenguk sekejap sekejap facebook ke blog ke. Sebabnya makcik dan suami telah pun melanggan streamyx 1mbps. Sangat berpuashati!Okay seterusnya kesibukan makcik bertambah apabila makcik terlibat dengan aktviti2 persatuan wanita kat pejabat,Buletin la..poster la….macam-macam lagi la.
Baru-baru ni cerita pergi bercuti ke Cameron pun tak dapat nak kongsi bersama. Takda masa untuk upload semua pic-pic dan menulis setiap aktiviti harian bercuti di tanah tinggi tu.

Kalau cerita anak-anak, Arissa dah pun 8 bulan, seronok ada anak perempuan ni, dia jenis yang tersengih dan ketawa saja kerjanya, kalau baju jangan cerita…macam-macm fesyen, baru-baru ni arissa bertudung, di sarung oleh bbsitter dia. Comel sgt.Terfikir nak latihkan arissa biasa berpanas dengan bertudung dari kecil. Perlahan-lahan ye arissa. Makan pun banyak tu. berat dah 8.5kg, kelmarin pengasuh dia bawa anaknya ke hospital, timbangkan la arissa sekali. Sebab lepas jab 6 bulan ari tu sehingga la sekarang tak dpt lagi berat arissa berapa sebab dah takda jab dah sehingga dia setahun nanti. Arissa masih belum mengengsot atau merangkak, tp dia dah boleh duduk (kalau kite dudukkan dia) dan dia boleh berpusing dan mengengsot sambil duduk untuk mencapai mainan yang jarak jauh. Dia boleh berdiri sambil lepaskan tangan dalam 5 saat. Gigi pun belum ada lagi.

Cerita Abang ammar pula, semakin suka bersembang dalam telefon, kalau telefon abah ke opah ke nenek ke, mesti tanya mcm-mcm contohnya tanya kabar ke…dan makan belum ke, bila nak datang/balik rumah ammar, atau nanti dia akan suruh belikan car untuk dia (car lagi?) Makan minum pun dah tak memilih..dia akan mkn bila dia lapar.Baru saja berlajar mengenal Allah dan Rasul.

Oklah cukup setakat ni je ye. Lepas ni makcik pun tak tau bila la nak update cerita lagi. Jumpa di lain coretan.
Welcome 2010
by MakCikPC on Jan.24, 2010, under Attention!
Salam, sudah terlambatkah makcik untuk mengucapkan selamat tahun baru 2010? Sejah kebelakangan ni sangat-sangat sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan persatuan.Untuk menulis di blog sangat la kesuntukan masa. Ditambah bila ari semakin malam dan mata semakin leti untuk merenung skrin lebar 19inci itu. Malah apabila di pejabat pun langsung tiada masa kerana sudah tentu di pejabat menjalankan tugas-tugas seorang pekerja pula kan?
Takda apa pun hendak di kongsi kali ni selain cerita anak-anak yang kian membesar, tugas di pejabat semakin bertambah dan di tambah pula tugas baru sebagai ajk persatuan. Dan tahun 2010 ni memang tahun sibuk barangkali sebab makcik sudah tanda di planner untuk aktiviti-aktiviti sepanjang tahun. Tahun ni juga la baru makcik mengaktifkan seula diri dengan bidang sukan setelah hampir setahun “duduk saja” dek kerana mengandung dan bersalin, tidak boleh buat aktiviti lasak.
Arissa dah menjangkau 6 bulan, kejap je masa berlalu, dah kurang tidur waktu siang,bertamba la sibuknya makcik dan dah lama tak dapat masak masakan yang sedap² kerana kesuntukan masa, dan Arissa mengganggu. Dia pula nampaknya tak independent macam Ammar , mungkin kerana tinggal di rumah pengasuh, serba-serbi di manjakan, berlainan dengan tinggal di taska, serba serbi kena buat sendiri.
Ammar juga turut mengikut jejak adiknya untuk turut serta tinggal dirumah pengasuh. Tapi ammar dah senang jaga. Sekarang ni makcik cuba kurangkan beli car untuk dia tapi di gantikan dengan mainan-mainan mempertingkatkan IQ seperti rubik dan jigsaw puzzle. Terikin jigsaw puzlle ammar adalah 48 keping yang perlu di cantumkan untuk menjadi gambar. Dan amazing!!! ammar boleh menyusun kesemua puzzle tersebut tanpa bantuan sesiapa pun.
Ammar dan 1000 mcm alasan
by MakCikPC on Dec.23, 2009, under Ammar
Dah lama makcik tak citer pasal anak teruna makcik nih….haihhhhh mcm-mcm peel dan byk benda yang kami suami isteri selalu awarekan…sebab dia dah pandai meniru…dah banyak tanya kenapa , apa , bagaimana, di mana,siapa dan dia juga dah pandai buat conclusion sendiri dan marah-marah kita kalau kita salah..fuh…ammar…ammar….ada beberapa dialog yang buat makcik on d spot terkedu dan terdiam semalam soalan diutarakan….
Scene 1
Ummi : Ammar!Tolong jaga adik arissa kejap eh?
Ammar: Kejap!Ammar nak sembahyang kejap eh?
Ini alasan taknak jaga adik rasanya…
Scene 2: Sambil drive nak on d way balik keje..rasa leti dan ngantuk pulak..
Ummi : (sambil nguap tutup mulut)Ammar..ummi ngantuk la…
Ammar : Ummi!jangan la tido…pasang cd sembahyang eh….?(cd zikir sebenornya)
Scene 3:
Ammar : Ummi!mana pergi “bird” arissa?Sapa potong “bird”arissa?Arissa notti eh, “bird” kene potong.
Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Scene 4:
Ammar: Ummi…uhuk..uhuk(buat-buat batuk)..ammar batuk..nak makan ubat batuk ye…uhuk uhuk…
Pandai sungguh drama…
Banyak lagi scene scene yg buat makcik terkedu……
Gambang Waterpark
by MakCikPC on Dec.15, 2009, under Uncategorized
This is last minute plan made by us. Fuh..nasib baik bangun awal pagi….pagi Ahad lepas mr hubby dapat call dari kawan dia a.k.a hubby bb sitter arissa ~ ajak kitorang bawa anak mandi manda kat Bukit Gambang Resort City tu..plan nak pergi situ memang ada…tapi tak assume pula dalam masa terdekat ni..mungkin nak pergi tahun depan ke tunggu arissa besor sikit…tp mr pres pulak ON je…apa lagi terus bersiap la…beg susu arissa..baju utk mandi manda semua…
Dr kuantan – gambang tu takde la lama…1/2 jam je rasanya..tiket berapa erk?ala…tak ingat nih sebab bukan makcik bayar huhuhuuh..kekanak 12.00++ la…mana kekanak lebih tinggi 90cm kene caj..ammar tinggi dia semeter…so kena la…arissa of course la tak …pastu dewasa 32 kot?nanti la confirm balik dgn mr pres…pastu kalau nak tau kat waterpark ni cashless…bukan free semua brg dlm tu tau..cashless ni maksudnye kat wristband yg korang pakai tu ada value untuk beli makanan,minuman sewa tube..value tu camne kira?haaaaaa masa korang beli tiket tu..katakan harga tiket masuk 32.00 ..untuk makan minum sewa tube semua tu korang average kan dlm rm30.00..so korang byr la kat ticketing tu 62…jadi value wristband korang tu ada rm30.00 la…masa beli makanan tu nanti korang just scan je kod bar wrist band tu…hahhh canggih tak..so takde la korang risau nak gi mandi sambil tu kene ada org jaga pulak handbag la ..handbag and all the valuable things tu korang leh simpan kat locker..bawa camera je..
Ammar dgn mr pres paling lama mandi..dr kul 11 sampai dah bunyi sound org waterpark tu bgtau dah nak tutup da waterpark time tu..dlm kul 6.30 ptg rasanya..makcik dgn arissa ada 1/2 jam je berkubang…arissa guna floater KUNING abang dia la..apa lagi…masih boleh pakai…















