Welcome 2010
by MakCikPC on Jan.24, 2010, under Attention!
Salam, sudah terlambatkah makcik untuk mengucapkan selamat tahun baru 2010? Sejah kebelakangan ni sangat-sangat sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan persatuan.Untuk menulis di blog sangat la kesuntukan masa. Ditambah bila ari semakin malam dan mata semakin leti untuk merenung skrin lebar 19inci itu. Malah apabila di pejabat pun langsung tiada masa kerana sudah tentu di pejabat menjalankan tugas-tugas seorang pekerja pula kan?
Takda apa pun hendak di kongsi kali ni selain cerita anak-anak yang kian membesar, tugas di pejabat semakin bertambah dan di tambah pula tugas baru sebagai ajk persatuan. Dan tahun 2010 ni memang tahun sibuk barangkali sebab makcik sudah tanda di planner untuk aktiviti-aktiviti sepanjang tahun. Tahun ni juga la baru makcik mengaktifkan seula diri dengan bidang sukan setelah hampir setahun “duduk saja” dek kerana mengandung dan bersalin, tidak boleh buat aktiviti lasak.
Arissa dah menjangkau 6 bulan, kejap je masa berlalu, dah kurang tidur waktu siang,bertamba la sibuknya makcik dan dah lama tak dapat masak masakan yang sedap² kerana kesuntukan masa, dan Arissa mengganggu. Dia pula nampaknya tak independent macam Ammar , mungkin kerana tinggal di rumah pengasuh, serba-serbi di manjakan, berlainan dengan tinggal di taska, serba serbi kena buat sendiri.
Ammar juga turut mengikut jejak adiknya untuk turut serta tinggal dirumah pengasuh. Tapi ammar dah senang jaga. Sekarang ni makcik cuba kurangkan beli car untuk dia tapi di gantikan dengan mainan-mainan mempertingkatkan IQ seperti rubik dan jigsaw puzzle. Terikin jigsaw puzlle ammar adalah 48 keping yang perlu di cantumkan untuk menjadi gambar. Dan amazing!!! ammar boleh menyusun kesemua puzzle tersebut tanpa bantuan sesiapa pun.




February 17th, 2010 on 7:34 pm
bijak la ammar….arsyad dok tengok ajer lerr…sambil panggil ummi ‘ummi, macam mana nak buat nie?’..haha..mmg kene pi skoll la tahun depan…