Raya
Open Dept(mana ko dapat istilah ni?)
by MakCikPC on Oct.02, 2009, under Raya
hahahaha…lepas je cuti raya semuanye sibuk dengan jemputan open house dan OPEN DEPT pulak kan?Kenapa OPEN DEPT?open department la…dlm satu building kat ofis makcik tu ada mcm-mcm department…pastu asik buat majlis hari raya je..yg bestnye diorang ni kalau wat majlis hari raya jemput dept² lain…tu yang syok tu
…so makan-makan je la kejenye….75% je masa di bahagi untuk wat keje..the rest makan-makan time…yeay…
so ini pic untuk open dept yg first yg di jemputla…dept dr aras 12…yg bestnye…makan-makan ni buat pakai bajet company…semuanya ala-ala potluck…memang takde bajet untuk majlis hari raya dept punyer kecuali untuk cawangan negeri..itu mmg ada bajetnye..makcik layg uruskan bajet itu….hehehehe…minggu depan la majlis hari raya peringkat negeri..dah di beri oleh corporate bajet sekian sekian banyak…so yg dept dept ni buat secara potluck atau collect duit la..jadi mmg banyak gile menu kalau ala-ala potluck ni…tadi makcik makan bihun/soto,nasi lemak + ayam masak merah, puding yg ada sos dan lembut mcm span dan teh tarik…oh ye kuih almond london sebijik…
pic-pic ni layankan je..ada la beberapa keping…pic cecantik semua kat photographer..ada masa nanti makcik upload…
Bandwidth punyer pasal la nih
by MakCikPC on Oct.01, 2009, under Layan Emo, Raya
Hah masuk raya ke-2 makcik nak update blog tokleh dah..sebab hosting ni bandwidth dia dah reach limit…1gig/month..agaknye masa bulan pose tu byk sgt posting…so kalau dah reach limit ken tunggu next month punyerla baru leh bukak….huhuhuh..
meh sambung citer raya…
2 Syawal 1430H
Ok raya ke-2 makcik tak gi mana-mana..lepak rumah tunggu abang makcik dr johor la nak dtg.kitorang kene tukar shift pulak beraya dgn parents…sebab hari yg sama juga makcik nak beraya di seremban..umah mil…cuti mr pres takleh lama..jumaat nanti kene keje…jadi nanti tak cukup masa nak beraya dgn pil pulak…so lepas je abg dari johor sampai…lepak2 kejap..sembang-sembang kejap..dlm kul 5ptg baru la gerak ke seremban…sampai seremban pun dah maghrib..settlekan anak-anak…lepak porch sembang-sembang dengan mil..tak sedar dah pukul 1.30pg..sedap menyembang mcm-mcm citer…terus masuk tido…
3 Syawal 1430h
raya ke-3 pulak kitorang plan nak gi melaka dan sekitar masjid tanah..rumah nenek mr pres…tp tak sempat…pak sedara belah fil pulak nak dtg rumah..terpaksa stay kat rumah..sudahnya kami beraya sekitar ampangan sampai kolo pilah jo..(otomatik tercakap nogori heheheh)
4 Syawal 1430H
Pepagi dah bersiap-siap..pergi rumah makcik kat bandar melaka…3 buah rumah jugak la..lepas tu terus shoot ke masjid tanah dan sekitarnya…petang kene balik dah sebab pakcik belah fil pun da janji nak beraya rumah pil…so kocoh-kocoh juga la berkejar balik…arissa kepenatan…mmg tertido terus je la..makcik lepak ruang tamu dan tolong mil la layan tetamu…sambil layan sifu dan tonga..
5 syawal 1430H
Packing semua baju kotor..baju bersih..kemas-kemas..lepas asar nak balik Kuantan dah….sebelum tu sempat beraya kat rumah makcik mr pres kat taman jasmin..lepas beraya kitorang terus balik kuantan..lalu kolo pilah-bahau-muadzam..syukur Alhamdulillah..selamat sampai ke kuantan pukul 9 lebih..malam la…kemas-kemas pun esok je la..ta larat….
6 syawal 1430H
Pepagi dah kene bangun nak buat bfast utk mr pres…dia kene keje dah..makcik pulak still on annual leave..cuti bersalin dah abes da….penat gak mengemas dan menyidai kain…jumaat-ahad..buat laundry je…prepare brg brg budak nak ke nursery..arissa terpaksa la antar nursery…
9 syawal sepatutnya dah mula keje kan ari isnin tu..tp sebab mr pres mintak tolong gerakan dia ari senin tu..dia masuk lambat pulak sebab ahad tu dia balik lambat..plant startup ..jadi banyak la keje dia..so makcik pun amik cuti je la lagi isnin tu..boleh buat checkup lepas bersalin sekali…buat pap-smear skali…so selasa tu la masuk keje…
Erm…masuk keje je..ramai la org ofis tanya cara berpantang mcm mana..sebab tgk makcik kurus kering je…pipi pun tak berisi…mana la makcik ni pantang..rasanye kurus kering sebab byk keje kat rumah kot..tak pun sebab breastfeeding..habis semua makanan berlemak yg makck makan arissa download (sedut hehee)…jadi lemak tu semua pergi ke arissa kot?sebab arissa ni baju newborn semua sendat-sendat…barut yg buat sendiri tu ngam ngam je tutup perut..itu pun lepas ikat ada nampak lubang lubang celah ikatan tu….
gambar raya tak banyaksgt la..makcik sibuk je pegang arissa…mr pres pun sibuk pegang ammar,..jadi takde org nak layan amik pic,….
1 Syawal 1430h
by MakCikPC on Sep.21, 2009, under Raya
Pagi raya mmg tak dapat la nak gi solat raya…kene uruskan juadah rendang,nasi impit semua…mandikan arissa..mandikan ammar…buat air…kemas-kemas rumah sikit…yg len len semua dah gi solat raya..
Lepas raya gi dua tiga rumah je…takleh nak jln sgt dgn arissa yg still kecik lagi ni…pastu kl hujan lak tu….susah la nak gerak walaupun naik kete….
Dapat collect duit raya arissa dengan ammar…syok tu hehehe..eh mak dia pulak yg syok…takdela…tak sabar nak bukn akaun bebudak ni…nak menyimpan untuk masa akan datang..tu belum lagi collect kat kampung mr pres… esok kitorang akan beraya di seremban - melaka pula….khamis akan gerak ke kuantan…mr pres jumaat kene keje…
Macam biasa la…pic takda..heheheheheeh..sebab takde cable….
Aktiviti Malam Raya
by MakCikPC on Sep.21, 2009, under Raya
Sampai kl Jumaat kul 2 pagi…dari petronas seberang hiway karak tu kitorang tengok beratur kereta nak isi minyak…perghhh..sampai jammed la sepanjang-panjang hiway tu…sampai la ke mrr2..sampai mana jam tu tak tahu la sebab makcik susur kuar ke setapak/gombak…dasat tul org nak balik ke pantai timur…
Sampai kl terus lepak jap dan tido….esok nye bangun pepagi makcik bawak mak gi cari ayam dan bahan-bahannak buat rendang..menu biasa..menu fevret makcik kari ayam,rendang daging…kat kl cuaca mendung mcm nak hujan…baju-baju semua takleh nak kering…time buka puasa yg last tu hujan lebat gile kat kl…dapatla berbuka dengan samosa daging…perghh sedap gile…kat kuantan takde beb….lepas buka setel dah semua bahan-bahan nak wat rendang…dengar pengumuman raya ..mmg confirm la raya esoknya…lepas isyak kitorang gi carrefour wangsa maju..mak oiiii punyerla ramai umat manusia….diorang ni tak balik kampung ke?ke mmg kampung kat kl mcm makcik ni?sampai parking pun penuh kat luar….semuanya pakat shopping last minit…
balik dr carrefour tu makcik tolong isi kuih raya…kemas-kemas rumah sketss…kul 2.30 pagi baru dpt tido….letih giler…
pic-pic semua tak dpt upload skrg sebab cable tak bwk….huhuhuh lepas balik kuantan nanti insyaAllah ..makcik upload okeh…ok itu je citer sepanjang malam raya…
Selamat Hari Raya buat semua
by MakCikPC on Sep.17, 2009, under Arissa, Raya, Raya Eid
Hi semua readers,lagi 2 hari je kite nak celebrate hari raya selepas kita berperang mengontrol nafsu,anggota tubuh badan ..untuk mendapatkan puasa yang benar-benar di berkati..bukan sekadar lapar dan dahaga je…kita akan merayakan kemenangan kali kedua setelah setiap hari kita merayakan kemenangan semasa kita berbuka…sedih pulak kan nak tinggal bulan penuh rahmat ni kan…
Kesempatan ini makcik dan family ingin mengucapkan Selamat Hari Raya serta maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog
From The Dekstop of MakcikPC®.
Tahun ni kami berhari raya di rumah family makcik di kl…huh..takde la bersesak sgt di hiway sebab org semua dok pulun balik ke pantai timur,tp kami pulun balik ke bandar pulak eehehehe…so clear la kawasan r & r nanti….tgk seberang jalan r&r punya..mesti meriah…terlibat dengan jam pun nanti tidak la kot…hari raya ke-2 or ke-3 baru kami ke Seremban untuk berhari raya dengan Fil pula.Jumaat depan mr pres dah kene kerja..plant nak startup…jadi terpaksa balik awal….so raya pun kejap je la..tak kisah sgt sebab arissa kecik lagi…mcm payah sikit nak hangkut dia beraya ke sana sini..sian..nanti org ni dok pegang dia..org tu dok pegang dia ..bukan semua sama kan cara org pegang..sakit sakit nanti arissa…makcik pula masuk keja 28hb…
Ok arissa juga dah nak 2 bulan dah…dia pun dah leh senyum…tengok pic ni..dia senyum…berat latest tak pasti baper…sebab 30hb ni nanti baru gi jab untuk 2 bulan punya…








