Attention!
We think we are as young as years gone by, but the youth is just in our head and heart.
by MakCikPC on Apr.22, 2010, under Attention!
Salam,
Waa sangat panjang tajuk entri kali ni. Sebenarnya makcik semakin tak pandai dah nak meneruskan penulisan blog ni. Semakin lemau dgn address blog yang tak baper best ni.asik-asik tukar.Makcik nak mentin kat blogger lain pun rasa mcm letihnya la.Sebab takut nanti tukar lagi domain. Jadi biar la makcik tunggu dulu sehingga dpt domain yg sesuai dan dah terbukti domain tu akan digunakan dalam jangkamasa yang lama.Okay, now kita go through one by one…
Berkenaan tajuk…erm..ada related dgn besday makcik…huhuhuh…besday dah belated 2 bulan lebih dah…baru ada entri pasal besday.Sgt pathetic, bukan apa,masa sgt terbatas, makcik tanka salahkan anak punca makcik tak dapat update blog,sebenarnya ada benda yang jauh lagi penting dari blog yang perlu makcik utamakan. Ok ada org kata once umur bertambah setiap tahun hanyalah nombor..tak bermaksud apa-apa pun, yang penting happy go lucky, tp kalau kite fikir umur la benda yang makin jauh makin ia meninggalkan kita. Bukan sekadar nombor.Makcik now 29, semakin ngeri bila tahun depan angka 2 itu akn berubah ke 3, org kata JANGAN PANDANG BELAKANG, tp makcik tak boleh lupakan yang belakang walaupun kaki meneruskan langkah ke depan. Apa pencapaian kita selama kite hidup 29 tahun ni. Huhuhuh sadis tau. Erm sambutan besday, takde la hapening sangat, cuma hubby bawa bercuti di cameron..kami semua tak pernah ke sana. So report pasal cameron ada di entri lepas.Dan pic di bawah sambutan besday batch di ofis.

Ok..kisah kesibukan makcik di tambah dengan aktiviti persatuan..tau-tau je la bila dah jadi ajk ni..kene la tunjuk rajin…dan makcik juga sibuk bersukan..balas dendam hampir setahun tak dpt melompat…yela pregnant + pantang, itu pun lepas pantang masuk keje mana leh melompat lagi…kene tunggu 2-3 bulan jugak la….la ni tambah lagi satu game..futsal pulak….best tau main futsal kalau kite tau basic dan ada org ajar..memula mcm kelakar je nak kick kick bola…dengar mcm ganas je futsal…sebenarnye futsal mmg tak sama dgn football…football ada tackle..ada pelanggaran…tp futsal takde…kalau ada body contact dah foul..mmg ko bawa bola..pass kat geng pastu golkan…itu je…takde offside offside pulak…sekarang makcik dah seronok main 2 game ni..badminton n futsal….
Ok hal anak-anak nanti makcik citer lain tajuk okay?Jumpa di lain entri…daaaaaaaaaaaaaaaaa
Pic di bawah..makcik sibuk berpersatuan..

Welcome 2010
by MakCikPC on Jan.24, 2010, under Attention!
Salam, sudah terlambatkah makcik untuk mengucapkan selamat tahun baru 2010? Sejah kebelakangan ni sangat-sangat sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan persatuan.Untuk menulis di blog sangat la kesuntukan masa. Ditambah bila ari semakin malam dan mata semakin leti untuk merenung skrin lebar 19inci itu. Malah apabila di pejabat pun langsung tiada masa kerana sudah tentu di pejabat menjalankan tugas-tugas seorang pekerja pula kan?
Takda apa pun hendak di kongsi kali ni selain cerita anak-anak yang kian membesar, tugas di pejabat semakin bertambah dan di tambah pula tugas baru sebagai ajk persatuan. Dan tahun 2010 ni memang tahun sibuk barangkali sebab makcik sudah tanda di planner untuk aktiviti-aktiviti sepanjang tahun. Tahun ni juga la baru makcik mengaktifkan seula diri dengan bidang sukan setelah hampir setahun “duduk saja” dek kerana mengandung dan bersalin, tidak boleh buat aktiviti lasak.
Arissa dah menjangkau 6 bulan, kejap je masa berlalu, dah kurang tidur waktu siang,bertamba la sibuknya makcik dan dah lama tak dapat masak masakan yang sedap² kerana kesuntukan masa, dan Arissa mengganggu. Dia pula nampaknya tak independent macam Ammar , mungkin kerana tinggal di rumah pengasuh, serba-serbi di manjakan, berlainan dengan tinggal di taska, serba serbi kena buat sendiri.
Ammar juga turut mengikut jejak adiknya untuk turut serta tinggal dirumah pengasuh. Tapi ammar dah senang jaga. Sekarang ni makcik cuba kurangkan beli car untuk dia tapi di gantikan dengan mainan-mainan mempertingkatkan IQ seperti rubik dan jigsaw puzzle. Terikin jigsaw puzlle ammar adalah 48 keping yang perlu di cantumkan untuk menjadi gambar. Dan amazing!!! ammar boleh menyusun kesemua puzzle tersebut tanpa bantuan sesiapa pun.
Fenomena Halo
by MakCikPC on Nov.01, 2009, under Attention!
Malam semalam dalam kul 10..mr pres soh gi luar..layan bulan…lorr..ingatkan bulan naper….rupanya ada gelungan besar gak la mcm pelangi mengelilingi bulan…surfing surfing rupanya fenomena halo…begini katanya
terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.
alo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.-Sumber wikipedia-
Makcik snap guna kamera tepon je..tu sebab tak baper jelas halo nye tu..
Makcik tandakan anak panah tu di mana gelangan halo kelihatan….tp tak baper jelas sgt kan
lepas tu terfikir akan kebesaran Allah s.w.t….memang cantik…Maha suci Allah…..tp terfikir pula bila baca blog blog org pasal fenomena halo ni ada kaitan dengan kiamat..isk..makcik ni jenis mudah terpengaruh…lalu terbawa-bawa dlm mimpi…mimpi yg maha dasyat…makcik mimpi bulan menghempas bumi…kawasan terjejas jepun..mak aih…sampai mcm tu sekali mimpi..bila terjaga makcik tengok luar..bukak berita..terasa real….terus terfikir bekalan untuk “ke sana” huhuhu moga-moga kita semua di beri hidayah dan petunjuk dariNya….Wallahualam…..
Puasa dan Kebebasan
by MakCikPC on Aug.31, 2009, under Attention!
Kalau jalan-jalan ke blog kengkawan boleh dikatakan almost blogging pasal menu berbuka kan….makcik tak dapat la nak story mory pasal menu berbuka hari ni….hari ni menu special sikit….sebab merdeka day kan…makcik masak siakap bercili, sambal udang..sayur campur + telur…len len kuih muih mr pres beli kat param je…tak sempat pulak skrg nak buat kuih sebab si arissa ni siang tido tak baper lena…lepas mandi pagi sampai ke lepas zohor je dia lena..lepas tu dia nak main main..sejam lebih gitu la…tengok abang dia la…abang dia sibuk nak sayang dia la…uihh sayang betul ammar kat arissa ni..ada satu hari tu..dia tak perasan yg arissa dah masuk bilik tido…tetiba je dia tanya dalam keadaan worry gitu…mana arissa?pastu muka cuak dah…makcik saja nyakat dia….makcik ckp la..makcik dah bagi arissa kat pakcik kat luar tu…dia punyer sedih..merah merah mata..terus meniarap..meratap…huhuh nak adikkkkkkk…..hahahaah…tak sanggup tengok dia cenggitu makcik pun terus bgtau cuba tengok lam bilik tu…baru la muka dia senyum memalu lepas tu kesat air mata guna kolar baju hahahahaa..tau sayang adik ye?
erm…makcik masih lagi berpuasa mcm org len..pepantang pun tetap berpuasa..takde miss lagi…breastfeed pun tetap breastfeed..susu cukup….bezanya org len berbuka puasa dengan air yg pelbagai kaler…sejuk sejuk semuanya..segar segar semuanya..tapi makcik berbuka dengan air kosong suam berasap, takpun air sunkist suam, sekali je tu minum soya panas, tak tahan la manis sgt….soya panas yg jual kat param tu sebenarnye kene campur dgn ais..baru kurang sikit manisnye…tapi makcik tak sentuh ais…jadi manis gile la..tak hilang dahaga langsung…sedap lagi air kosong suam..puas pun puas…erm sebenarnye makcik tgk kan…kalau berbuka minum ais…segelas tu tak cukup kan..mcm tak hilang je dahaga…tp cuba togok air kosong pepanas tu..perghh secawan dah cukup ilang dahaga…menu pun dah takda bakar bakar dah..boleh je makan menu cam org len..ikan pun semua ikan bedal…kecuali ikan kembung huhuhh…sebab nama dia ikan kembung kan…mcm booleh bagi arissa kembung je nanti kalau makcik makan….sotong udang….makanan laut semua makcik bedal tp sesikit la..lain lain ayam , daging boleh dah mkn..makcik pun dah 42 hari ni…lagi 2 hari lagi merdeka…yahoo…ari ni mmg merdeka kan..tp makciknye merdeka lagi 2 hari…lepas ni boleh la berjalan malam bawak arissa..boleh la kuar sopping sopping ke…tp makcik still jaga makan la…si arissa nanti…makcik jugak tak lelap tido kan….
Bebaru ni makcik wat clearance wardrobe…tudung tudung yg dah old fashioned tu makcik kuarkan la…pastu nak sedekah kat sorang jiran member ni..baju-baju kurung lama tu pun sama..semuanye elok lagi..cuma dah old fashioned je..nak buang sayang…
Ari ni kita semua sambut merdeka…kat tv semua cita cite unsur patriotik…kesedaran merdeka dalam diri makcik?ntah la..mcm biasa je kot..takkan la makcik nak buat propaganda pulak kan?erm makcik pun tak reti nak tulis citer citer maksud kemerdekaan, kebebasan ni semua..budaya di jajah la..bangsa di jajah la….yg makcik tau…merdeka dari 44 hari nanti heheheheeheheh….ok enjoy pic!
dah 21hari…yeay!
by MakCikPC on Aug.10, 2009, under Arissa, Attention!, Layan Emo
Ari ni dah 3 minggu dah dalam suasana pantang yang tak pantang heheh, makcik pantang mkn je, pantang gerak semua tu dah tibai..(makcik menyapu,sidai kainlipat kain,mandikan ammar,masak lauk pantang sendiri,masak makanan ammar,basuh pinggan) bwk keta pun ada sekali dua, terpaksa sebab nak tunggu mr pres dia keje, kene beli lauk sendiri, bebudak tinggal dengan mak la…tapi ari ni mak semua dah balik…jaga diri sendiri dengan anak-anak je la, ooppss lupa..suami jugek…
menu berpantang makcik still lagi yg kering-kering huhuhu…ikan bakar,ikan bilis, sesekali sulam sayur sawi tu…hari ni jugek makcik dah boleh nak makan lada hitam,jamu-jamu,bakar ikan dengan daun kunyit…nurse gomen tu la suggest jgn mkn lagi tu semua selagi tak 20 hari…jadi makcik hanya boleh bakar ikan dengan halia,letak garam sket, pastu ikan bilis yg di goreng dengan halia (halia sama byk dgn ikan bilis perghh)..tu la menu hari hari..jemu?mmg jemu…kdg kdg sulam sikit dgn ikan masin…pergh sgt kunos menu berpantang ku ini…tp apa kan daya..nak selamatkan arissa punyer pasal dari jaundice..sampai hari ke 20 tu…lagi satu kene control ngan mak ku itu…mmg sgt kuno la..semua takleh..jadinye khasiat kureng kan?makcik cari khasiat kat air susu dgn milo je la…pepetang dgn memalam asik lapor je…breastfeeding kan..mesti cepat lapar..pastu makcik minum air kosong byk giler…ni pun mak makcik marah..tp makcik wat derk je..makcik takleh la kureng air kosong ni.makcik dr dulu…tak mengandung..mengandung memang banyak minum air kosong tu…sampai skrg buah uah pun makcik tak makan taw..ari ni dah takde sapa makcik tetap disiplin kan makan…yg angin,yg sejuk tak usik la..sian arissa nanti…minyak sgt pun tak amik…ni nak jaga badan la uhuhuh…ayam,daging, yg gatal2 tu pun makcik tak amik tau walaupun luka makcik ada satu dua je itu pun kat kulit…itu pun dah baik lama dah…sampai skrg tak amik…ntah la..sebab sorang2 kan skrg..makck risau ..hahah kolot kah aku?..takpe..makcik rela tunggu sebulan…
oh ya,makcik pun dah nak habis nifas, sempat la berpuasa, lagi 2-3 hari lagi boleh la solat..seronoknya nak sambut ramadhan..makcik suka ..salah satu sebab bulan yang takda syaitan yang di rejam tu…
ok tinggal cite pasal makcik…
hari ni nurse datang ..last la lepas ni tak dtg dah…dia amik berat arissa sekali…arissa dah 4.3kg..mak oii…banyaknye naik…patut la terasa lengan ni bila pangku menyusukan arissa ni..hurm…takpela..cepat la besar ye..
oh ya..si arissa ni lambat tanggal pusat..pagi tadi mandi baru la terjatuh sendiri pengepit tu..perghhh 3 minggu tu baru tanggal pusat…walaupun makcik sapu spirit tu 2 kali sehari…sampai tak cukup la sebotol spirit kene pi beli lagi kat spital..ada maksud apa-apa tak baby lambat tanggal pusat ni uuhuuhuhuhuh….
Ni pic arissa…gaya tido…dan bersama abah…kalau dgr suara abah bukan main lagi…kekecik dah nampak dah anak manja abah…






