Coretan
Keangungan Cinta Ilahi…
by MakCikPC on Apr.24, 2010, under Coretan
Salam,
Entri kali ni berbeza sedikit dengan sebelum-sebelum ni…mungkin sedikit emo…sedikit linangan air mata ..air mata kasih….Ia berkenaan Kekasih hati makcik..yang satu masa dulu makcik tinggalkan…abaikan…sedangkan Dia setia dengan makcik…sentiasa mengharapkan makcik melafazkankata-kata indah yg dihitung dengan menggunakan butir butir tasbih…setelah sekian lama makcik melupakanNya…Dia seakan berbisik kepada makcik yang Dia sangat merindui makcik dan inginkan makcik memuji-muji kebesaran dan keagunganNya kasihnya…makcik seakan-akan baru bangkit dari tido yang lena..merenung kembali kesilapan dan kesalahan dulu terhadapNya sedangkan Dia tidak pernah berdendam dengan makcik yang selama ini meninggalkanNya. Makcik mengumpul kekuatan..dengan rendah diri mendambakan semula kasihNya, seakan ada sinar bg makcik kerana peluang sentiasa ada kataNya. Makcik sangat gembira dapat menyalakan semula kasih yang telah padam. Tapi Dia terlalu Agung…tatkala cinta makcik terhadapnya semakin lama semakin mekar..Dia sengaja menguji keikhlasan cinta makcik, Dia sengaja nak tahu samada makcik jujur atau tidak dengan penyerahan hidup dan mati makcik terhadapNya…tapi cinta Dia memang indah…tak pernah makcik jumpa cinta seindah dan setulus cintaNya. Dia tidak pernah ada cemburu,tidak pernah nak memarahi kita..malah terlalu menyanyangi. Subhanallah….
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
It tooks so long….
by MakCikPC on Mar.27, 2010, under Ammar, Arissa, Coretan
Assalammualaikum,
Semakin lama semakin sunyi blog makcik yang tersimpan pelbagai komen ni. Apa yang menyebabkan makcik semakin menyepi dalam dunia blog ini?Sebenarnya banyak sebab, nak cerita kat sini pun macam erm..macam..pendam saja la.Pertama makcik terlalu sibuk dengan urusan keluarga sejak ahli keluarga bertambah dan ammar pula semakin dewasa,perlu perhatian lebih dari segi mengenal dunia. Takut tersalah tafsir lain jadinya nanti. Makcik dan suami juga sibuk memperbaiki dan muhasabah diri supaya menjadi contoh yang baik buat ammar. Keduanya makcik sibuk dengan kerja-kerja di pejabat tambahan pula semenjak Februari lagi makcik telahpun menamatkan perkhidmatan C***** Berukband. Jadi tak dapat la bawa modem ke pejabat lagi untuk jenguk sekejap sekejap facebook ke blog ke. Sebabnya makcik dan suami telah pun melanggan streamyx 1mbps. Sangat berpuashati!Okay seterusnya kesibukan makcik bertambah apabila makcik terlibat dengan aktviti2 persatuan wanita kat pejabat,Buletin la..poster la….macam-macam lagi la.
Baru-baru ni cerita pergi bercuti ke Cameron pun tak dapat nak kongsi bersama. Takda masa untuk upload semua pic-pic dan menulis setiap aktiviti harian bercuti di tanah tinggi tu.

Kalau cerita anak-anak, Arissa dah pun 8 bulan, seronok ada anak perempuan ni, dia jenis yang tersengih dan ketawa saja kerjanya, kalau baju jangan cerita…macam-macm fesyen, baru-baru ni arissa bertudung, di sarung oleh bbsitter dia. Comel sgt.Terfikir nak latihkan arissa biasa berpanas dengan bertudung dari kecil. Perlahan-lahan ye arissa. Makan pun banyak tu. berat dah 8.5kg, kelmarin pengasuh dia bawa anaknya ke hospital, timbangkan la arissa sekali. Sebab lepas jab 6 bulan ari tu sehingga la sekarang tak dpt lagi berat arissa berapa sebab dah takda jab dah sehingga dia setahun nanti. Arissa masih belum mengengsot atau merangkak, tp dia dah boleh duduk (kalau kite dudukkan dia) dan dia boleh berpusing dan mengengsot sambil duduk untuk mencapai mainan yang jarak jauh. Dia boleh berdiri sambil lepaskan tangan dalam 5 saat. Gigi pun belum ada lagi.

Cerita Abang ammar pula, semakin suka bersembang dalam telefon, kalau telefon abah ke opah ke nenek ke, mesti tanya mcm-mcm contohnya tanya kabar ke…dan makan belum ke, bila nak datang/balik rumah ammar, atau nanti dia akan suruh belikan car untuk dia (car lagi?) Makan minum pun dah tak memilih..dia akan mkn bila dia lapar.Baru saja berlajar mengenal Allah dan Rasul.

Oklah cukup setakat ni je ye. Lepas ni makcik pun tak tau bila la nak update cerita lagi. Jumpa di lain coretan.

