Arissa
Revenge of The Fallen
by MakCikPC on Apr.24, 2010, under Ammar, Arissa
Salam,
wa tajuk mcm dendam kesumat je ye? sebenarnya berkenaan budak 2 orang ni..arissa dah besar..dah meniti – niti…kalau merangkak..hmmpp…lain sikit style arissa merangkak…makcik pun tak penah tengok…kalau berjalan 3-4 step jatuh….berdiri mmg lama..dah bolen balance…jadi apabila dia dah boleh buat benda tu semua..tibalah masa dia membuli abang dia yg dulu masa dia kecik ..dia asik dibuli oleh abang….si abang pulak kalau kene buli…ermmm….menangis..mengadu kat ummi dia…
sebenarnya bukan dendam pun si arissa.mmg dah resam rasanya…anak sulung mmg manja..barang-barang dia semuanya baru…sikit-sikit nak nangis…dalam hati ada taman la katakan…berbeza dengan yg nombor dua..lebih indiependent..hati tabah..tak mudah nangis walaupun dibuli heheheh…
kalau dirumah bbsitter dia…kalau ammar tgh tgk tv..arissa mesti shut off plug point tu..ammar mesti nangis ..dan ckp “ibu…arissa buli ammar” kalau kat rumah pula arissa selalu kacau abg ammar main game online kat laptop…kalau ammar tgh bina lego..arissa akan pecahkan…kalau ammar sedang susun puzzle…satu keping dr puzzle tu mesti arissa mkn…car abg ammar arissa nak mkn…ammar tension ..geli suruh kita basuh balik car tu..adeh
memang macam ni ke berlaku dgn korang?

It tooks so long….
by MakCikPC on Mar.27, 2010, under Ammar, Arissa, Coretan
Assalammualaikum,
Semakin lama semakin sunyi blog makcik yang tersimpan pelbagai komen ni. Apa yang menyebabkan makcik semakin menyepi dalam dunia blog ini?Sebenarnya banyak sebab, nak cerita kat sini pun macam erm..macam..pendam saja la.Pertama makcik terlalu sibuk dengan urusan keluarga sejak ahli keluarga bertambah dan ammar pula semakin dewasa,perlu perhatian lebih dari segi mengenal dunia. Takut tersalah tafsir lain jadinya nanti. Makcik dan suami juga sibuk memperbaiki dan muhasabah diri supaya menjadi contoh yang baik buat ammar. Keduanya makcik sibuk dengan kerja-kerja di pejabat tambahan pula semenjak Februari lagi makcik telahpun menamatkan perkhidmatan C***** Berukband. Jadi tak dapat la bawa modem ke pejabat lagi untuk jenguk sekejap sekejap facebook ke blog ke. Sebabnya makcik dan suami telah pun melanggan streamyx 1mbps. Sangat berpuashati!Okay seterusnya kesibukan makcik bertambah apabila makcik terlibat dengan aktviti2 persatuan wanita kat pejabat,Buletin la..poster la….macam-macam lagi la.
Baru-baru ni cerita pergi bercuti ke Cameron pun tak dapat nak kongsi bersama. Takda masa untuk upload semua pic-pic dan menulis setiap aktiviti harian bercuti di tanah tinggi tu.

Kalau cerita anak-anak, Arissa dah pun 8 bulan, seronok ada anak perempuan ni, dia jenis yang tersengih dan ketawa saja kerjanya, kalau baju jangan cerita…macam-macm fesyen, baru-baru ni arissa bertudung, di sarung oleh bbsitter dia. Comel sgt.Terfikir nak latihkan arissa biasa berpanas dengan bertudung dari kecil. Perlahan-lahan ye arissa. Makan pun banyak tu. berat dah 8.5kg, kelmarin pengasuh dia bawa anaknya ke hospital, timbangkan la arissa sekali. Sebab lepas jab 6 bulan ari tu sehingga la sekarang tak dpt lagi berat arissa berapa sebab dah takda jab dah sehingga dia setahun nanti. Arissa masih belum mengengsot atau merangkak, tp dia dah boleh duduk (kalau kite dudukkan dia) dan dia boleh berpusing dan mengengsot sambil duduk untuk mencapai mainan yang jarak jauh. Dia boleh berdiri sambil lepaskan tangan dalam 5 saat. Gigi pun belum ada lagi.

Cerita Abang ammar pula, semakin suka bersembang dalam telefon, kalau telefon abah ke opah ke nenek ke, mesti tanya mcm-mcm contohnya tanya kabar ke…dan makan belum ke, bila nak datang/balik rumah ammar, atau nanti dia akan suruh belikan car untuk dia (car lagi?) Makan minum pun dah tak memilih..dia akan mkn bila dia lapar.Baru saja berlajar mengenal Allah dan Rasul.

Oklah cukup setakat ni je ye. Lepas ni makcik pun tak tau bila la nak update cerita lagi. Jumpa di lain coretan.
Happy 30th Birthday my hubby!
by MakCikPC on Oct.20, 2009, under Ammar, Arissa, Hubby
Hari ni besday mr pres hah dah tua dah….umur makin bertambah tu ….. takde celebrate besar-besar sebab tgh weekday hehehe…tp tu la..lain org punyer besday org lain yg dpt present..heheheh…ammar la dpt set katil dia…so this week sedang dlm projek ammar’s room in the makin….tghr krg baru nak gi cari cadar kat parkson depan ni je la..lepas tu hanger budak-budak ni..kene beli yg kekecik utk sidai baju jenjalan..setakat ni simpan dalam drawer plastik tu…makcik tahankan diri tamau beli drawer chest tu…sebab nak beli besar terus..nak beli almari..jadinya baju ammar share la dengan arissa satu almari tu..senang..ammar pun nanti dah mula kene praktikkan diri tido sensorang..maybe arissa akan join sama tido sebilik dengan abang di..arissa tido lam cot la…
Ok..entri ni sepatutya khas untuk wish besday kat mr pres…erm…ok ok lupakan cinta bilik ammar in the making tu…
hubby,
Sentiasalah menjadi sesuatu yang melengkapi pasanganmu, kerana itulah tujuan Allah menjadikan kita berpasangan..untuk melengkapi antara satu sama lain. Isilah kekosongan dalam jiwa dengan cinta.Selamat ulangtahun kelahiran mu yang ke-30.Moga keberkatan dari Allah sentiasa mengiringi kehidupanmu. Sayang selalu….

Selamat Hari Raya buat semua
by MakCikPC on Sep.17, 2009, under Arissa, Raya, Raya Eid
Hi semua readers,lagi 2 hari je kite nak celebrate hari raya selepas kita berperang mengontrol nafsu,anggota tubuh badan ..untuk mendapatkan puasa yang benar-benar di berkati..bukan sekadar lapar dan dahaga je…kita akan merayakan kemenangan kali kedua setelah setiap hari kita merayakan kemenangan semasa kita berbuka…sedih pulak kan nak tinggal bulan penuh rahmat ni kan…
Kesempatan ini makcik dan family ingin mengucapkan Selamat Hari Raya serta maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog
From The Dekstop of MakcikPC®.
Tahun ni kami berhari raya di rumah family makcik di kl…huh..takde la bersesak sgt di hiway sebab org semua dok pulun balik ke pantai timur,tp kami pulun balik ke bandar pulak eehehehe…so clear la kawasan r & r nanti….tgk seberang jalan r&r punya..mesti meriah…terlibat dengan jam pun nanti tidak la kot…hari raya ke-2 or ke-3 baru kami ke Seremban untuk berhari raya dengan Fil pula.Jumaat depan mr pres dah kene kerja..plant nak startup…jadi terpaksa balik awal….so raya pun kejap je la..tak kisah sgt sebab arissa kecik lagi…mcm payah sikit nak hangkut dia beraya ke sana sini..sian..nanti org ni dok pegang dia..org tu dok pegang dia ..bukan semua sama kan cara org pegang..sakit sakit nanti arissa…makcik pula masuk keja 28hb…
Ok arissa juga dah nak 2 bulan dah…dia pun dah leh senyum…tengok pic ni..dia senyum…berat latest tak pasti baper…sebab 30hb ni nanti baru gi jab untuk 2 bulan punya…
Shopping raya pun last minit je…
by MakCikPC on Sep.14, 2009, under Ammar, Arissa, Layan Emo
Alahai….tak lama je lagi bulan pose nak habis kan?walaupun mcm dah bosan tak tahu nak masak apa setiap kali berbuka puasa…tp nak meninggalkan bulan penuh kerahmatan ni mcm tak best je…makcik suka bulan pose…huhuhuh….sepanjang bulan pose kali ni mmg boleh kira baper kali eh tak masak untuk berbuka..ada la 3 kali kot…sekali tu sebab arissa meragam tamau tido…maybe sakit perut kot….2 kali tu last weekend lepas…sebab shopping….terus beli makanan luar la..itu pun bungkus je…nak pergi mana-mana restoran mcm susah je dgn baby kecik…ammar nak control lagi..mmg susah sikit la nak gerak bila bb still kecik ni..insyaAllah kalau panjang umur tahun depan jumpa lagi ramadhan ni..boleh la kita try buka pose kat luar ye mr pres…
Sabtu dan ahad lepas kitorang shopping raya..ammar dengan mr pres beli baju melayu ready made je…sedondon 2 beranak tu…makciknye baju 3 pasang lum amik lagi kat tailor…esok kot pegi la..itu pun mmg tak sedondon la dgn mr pres…sedondon dgn arissa la..kaler pink…arissa pulak makcik tak kose nak pakaikan dia baju kurung…kecik lagi…tunggu tahun depan sedondon dgn ummi yer?kita buat dari material yg sama..time tu arissa dah setahun..comel la kan dia pakai baju kurung…pastu beli 3 helai je tshirt ammar…minat tsirt berkolar..nampak kemas…mr pres pun sambar 2 helai je tshirt…heheh sebab dia dah sambar g-shock..jam dia byk besi..jadi bile gi keje tokleh nak pakai jam..bahaya sebab besi..kalau nak pakai kene pakai plastik plastik nye jam…makcik lak sambar kasut je..kasut keje…dah lama tak beli kasut keje…pastu sambar tudung e-kin 3 helai…buat koleksi tudung awning lak ….masa lam pantang tu dah sambar byk tudung online…ada la 3 helai..2 helai tu nak bagi mil dgn mak makcik…pastu saje nak test tudung dato siti tu huhuhuh…mcm lawa je tgk faezah elai pakai lam cinta sempurna…ni pun ada lagi satu tudung ekin on d way…esok kot sampai….
gile shopping tudung paling byk nih..
hari ni makcik kene gi ofis…untuk buat appraisal dan kpi*…due date dia 15hb…since makcik on maternity leave till 18hb…bos pun tanya boleh tak datang…datang aje la..boleh aje..tp kene bawak la budak 2 org ni….kakak-kakak kat ofis tu pun kata takpe..diorang boleh jaga arissa..ammar erm..pepandai la kasi pen ke apa ke…tapi tadi arissa tido je dlm stroller..ammar pulak main conteng conteng..sementara makcik isi borang appraisal dan kpi* tu…kali ni tak dpt nak buat face to face dgn bos untuk diskas markah yg dia nilai kat makcik wether makcik setuju ke tak….baper baper dia nak bg..makcik reda je la huhuh…tp sempat pesan..jgn la kasi rendah sgt..huhuh effect increment dengan annual bonus tu…ngam-ngam je habis sign borang appraisal tu arissa rengek rengek nak susu…..lepas bg sedas susu kat dia…salam..maaf-maafan …kutip duit raya ammar dgn arissa…amik sampul duit raya company punya…slip gaji..kemas meja yg dah di tinggalkan dekat 2 bulan tu…bawa balik jaket company…kene basuh tu…esok masuk keje nak pakai…terus blah….tak nyinggah la memana..ammar pun dah lapar…
oh ya…sebelum gi offis tadi.sempat singgah nursery ammar…masa parking tu ajak ammar gi sekali sebab nak amik borang..daftar arissa..ammar taknak gi sekolah pulak…erm…macam mana esok ni?mesti dia dah sedap dok rumah 2 bulan kan?pastu taknak gi dah..jadi dia tunggu je lam kete sementara makcik gi amik borang…syukur la bb ada 8 org je..masuk arissa jadi 9 la..arissa paling kecik…atas dia dah 6 bulan..huuhh sian arissa kene dok nursery…nak cari rumah pengasuh sini takde dah…lagi satu susah la nak caya org nih…ok balik kisah ammar…erm…lepas je amik borang tu..tanya dia nape taknak gi sekolah…terpaksa la pujuk dia nak pergi swimming tak dgn kengkawan sebab nursery dia ada swimming lesson..tp untuk 4 tahun ke atas…untuk yg 4 tahun ke bawah..diorang bawa swimming sekali sekala je la..so ammar penah la 2 kali join swimmig ni…bila dia teringat pasal swimming..dan seluar swimming yg makcik dah beli utk dia baru dia nak gi sekolah…fuh….kene citer keindahan dok nursery kat dia baru dia nak….
*kpi = key performance indicator




