Ammar
Revenge of The Fallen
by MakCikPC on Apr.24, 2010, under Ammar, Arissa
Salam,
wa tajuk mcm dendam kesumat je ye? sebenarnya berkenaan budak 2 orang ni..arissa dah besar..dah meniti – niti…kalau merangkak..hmmpp…lain sikit style arissa merangkak…makcik pun tak penah tengok…kalau berjalan 3-4 step jatuh….berdiri mmg lama..dah bolen balance…jadi apabila dia dah boleh buat benda tu semua..tibalah masa dia membuli abang dia yg dulu masa dia kecik ..dia asik dibuli oleh abang….si abang pulak kalau kene buli…ermmm….menangis..mengadu kat ummi dia…
sebenarnya bukan dendam pun si arissa.mmg dah resam rasanya…anak sulung mmg manja..barang-barang dia semuanya baru…sikit-sikit nak nangis…dalam hati ada taman la katakan…berbeza dengan yg nombor dua..lebih indiependent..hati tabah..tak mudah nangis walaupun dibuli heheheh…
kalau dirumah bbsitter dia…kalau ammar tgh tgk tv..arissa mesti shut off plug point tu..ammar mesti nangis ..dan ckp “ibu…arissa buli ammar” kalau kat rumah pula arissa selalu kacau abg ammar main game online kat laptop…kalau ammar tgh bina lego..arissa akan pecahkan…kalau ammar sedang susun puzzle…satu keping dr puzzle tu mesti arissa mkn…car abg ammar arissa nak mkn…ammar tension ..geli suruh kita basuh balik car tu..adeh
memang macam ni ke berlaku dgn korang?

It tooks so long….
by MakCikPC on Mar.27, 2010, under Ammar, Arissa, Coretan
Assalammualaikum,
Semakin lama semakin sunyi blog makcik yang tersimpan pelbagai komen ni. Apa yang menyebabkan makcik semakin menyepi dalam dunia blog ini?Sebenarnya banyak sebab, nak cerita kat sini pun macam erm..macam..pendam saja la.Pertama makcik terlalu sibuk dengan urusan keluarga sejak ahli keluarga bertambah dan ammar pula semakin dewasa,perlu perhatian lebih dari segi mengenal dunia. Takut tersalah tafsir lain jadinya nanti. Makcik dan suami juga sibuk memperbaiki dan muhasabah diri supaya menjadi contoh yang baik buat ammar. Keduanya makcik sibuk dengan kerja-kerja di pejabat tambahan pula semenjak Februari lagi makcik telahpun menamatkan perkhidmatan C***** Berukband. Jadi tak dapat la bawa modem ke pejabat lagi untuk jenguk sekejap sekejap facebook ke blog ke. Sebabnya makcik dan suami telah pun melanggan streamyx 1mbps. Sangat berpuashati!Okay seterusnya kesibukan makcik bertambah apabila makcik terlibat dengan aktviti2 persatuan wanita kat pejabat,Buletin la..poster la….macam-macam lagi la.
Baru-baru ni cerita pergi bercuti ke Cameron pun tak dapat nak kongsi bersama. Takda masa untuk upload semua pic-pic dan menulis setiap aktiviti harian bercuti di tanah tinggi tu.

Kalau cerita anak-anak, Arissa dah pun 8 bulan, seronok ada anak perempuan ni, dia jenis yang tersengih dan ketawa saja kerjanya, kalau baju jangan cerita…macam-macm fesyen, baru-baru ni arissa bertudung, di sarung oleh bbsitter dia. Comel sgt.Terfikir nak latihkan arissa biasa berpanas dengan bertudung dari kecil. Perlahan-lahan ye arissa. Makan pun banyak tu. berat dah 8.5kg, kelmarin pengasuh dia bawa anaknya ke hospital, timbangkan la arissa sekali. Sebab lepas jab 6 bulan ari tu sehingga la sekarang tak dpt lagi berat arissa berapa sebab dah takda jab dah sehingga dia setahun nanti. Arissa masih belum mengengsot atau merangkak, tp dia dah boleh duduk (kalau kite dudukkan dia) dan dia boleh berpusing dan mengengsot sambil duduk untuk mencapai mainan yang jarak jauh. Dia boleh berdiri sambil lepaskan tangan dalam 5 saat. Gigi pun belum ada lagi.

Cerita Abang ammar pula, semakin suka bersembang dalam telefon, kalau telefon abah ke opah ke nenek ke, mesti tanya mcm-mcm contohnya tanya kabar ke…dan makan belum ke, bila nak datang/balik rumah ammar, atau nanti dia akan suruh belikan car untuk dia (car lagi?) Makan minum pun dah tak memilih..dia akan mkn bila dia lapar.Baru saja berlajar mengenal Allah dan Rasul.

Oklah cukup setakat ni je ye. Lepas ni makcik pun tak tau bila la nak update cerita lagi. Jumpa di lain coretan.
Ammar dan 1000 mcm alasan
by MakCikPC on Dec.23, 2009, under Ammar
Dah lama makcik tak citer pasal anak teruna makcik nih….haihhhhh mcm-mcm peel dan byk benda yang kami suami isteri selalu awarekan…sebab dia dah pandai meniru…dah banyak tanya kenapa , apa , bagaimana, di mana,siapa dan dia juga dah pandai buat conclusion sendiri dan marah-marah kita kalau kita salah..fuh…ammar…ammar….ada beberapa dialog yang buat makcik on d spot terkedu dan terdiam semalam soalan diutarakan….
Scene 1
Ummi : Ammar!Tolong jaga adik arissa kejap eh?
Ammar: Kejap!Ammar nak sembahyang kejap eh?
Ini alasan taknak jaga adik rasanya…
Scene 2: Sambil drive nak on d way balik keje..rasa leti dan ngantuk pulak..
Ummi : (sambil nguap tutup mulut)Ammar..ummi ngantuk la…
Ammar : Ummi!jangan la tido…pasang cd sembahyang eh….?(cd zikir sebenornya)
Scene 3:
Ammar : Ummi!mana pergi “bird” arissa?Sapa potong “bird”arissa?Arissa notti eh, “bird” kene potong.
Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Scene 4:
Ammar: Ummi…uhuk..uhuk(buat-buat batuk)..ammar batuk..nak makan ubat batuk ye…uhuk uhuk…
Pandai sungguh drama…
Banyak lagi scene scene yg buat makcik terkedu……
Tak tau nak update apa!!!
by MakCikPC on Nov.22, 2009, under Ammar
Huwa..bersawang dah blog ni…rugi byr hosting kalau tak update selalu kan?tp tu la..takde menda nak di update kan + busy dgn keje dan family, boring gak kalau citer asik asik budah 2 og tu je…takda citer menarrik lagi sensasi ke….cuma nak share citer 2 event last week je..itu pun last week punye event…pastu pic untuk 2 event ni mmg tak menjadi..probably setting silap atau tgn yg menangkap pic tu tak kreatif ke…atau camera tu camera morahan huhuhuhuhu…
Jumaat lepas ada dinner company mr pres..makcik sedang menunggu pic dr mr pres ni..bila nak send ni????send je kat emel..mcm tak biasa uuhuuhuhuhuhu….yg ada skrg ni pun gambar mmg tak cun…dinner dkt rumah ni je..takde jejauh…food?ok la..makcik suka tiram dia..waaa sedap giler…cendol abc pun sedap..
Ahad lepasnya pulak kene menghadiri hari penyampaian hadiah dan persembahan dari taska ammar..mcm tahun lepas ammar ambil part dalam lakonan…tp tahun ni ammar ambil 2 part…satu lakonan ..dan satu tarian..lagu pop corn dari crazy frog…hahahaa..ammar pandai la dance walaupun sedikit “keras” eheeeh…tp mmg comel dan kelakar…lakonan pulak ammar amik watak rerumput…
pic-pic tu semua macam biasa..update kendian hehehehe..takde masa la nak transfer dr digicam …nanti-nanti la….
Happy 30th Birthday my hubby!
by MakCikPC on Oct.20, 2009, under Ammar, Arissa, Hubby
Hari ni besday mr pres hah dah tua dah….umur makin bertambah tu ….. takde celebrate besar-besar sebab tgh weekday hehehe…tp tu la..lain org punyer besday org lain yg dpt present..heheheh…ammar la dpt set katil dia…so this week sedang dlm projek ammar’s room in the makin….tghr krg baru nak gi cari cadar kat parkson depan ni je la..lepas tu hanger budak-budak ni..kene beli yg kekecik utk sidai baju jenjalan..setakat ni simpan dalam drawer plastik tu…makcik tahankan diri tamau beli drawer chest tu…sebab nak beli besar terus..nak beli almari..jadinya baju ammar share la dengan arissa satu almari tu..senang..ammar pun nanti dah mula kene praktikkan diri tido sensorang..maybe arissa akan join sama tido sebilik dengan abang di..arissa tido lam cot la…
Ok..entri ni sepatutya khas untuk wish besday kat mr pres…erm…ok ok lupakan cinta bilik ammar in the making tu…
hubby,
Sentiasalah menjadi sesuatu yang melengkapi pasanganmu, kerana itulah tujuan Allah menjadikan kita berpasangan..untuk melengkapi antara satu sama lain. Isilah kekosongan dalam jiwa dengan cinta.Selamat ulangtahun kelahiran mu yang ke-30.Moga keberkatan dari Allah sentiasa mengiringi kehidupanmu. Sayang selalu….


