Parenting
Tolongla saya!
by MakCikPC on Aug.28, 2008, under Layan Emo, Parenting
Bila bercakap nak jadi ibubapa yang baik..gue turut terlibat dalam mencari..menggoogle…menerjah pengalaman ibu bapa, pakar kaunseling dan artikel-artikel keibubapaan , semuanya untuk menjadikan si ‘Ammar itu “orang”….
Pagi ni gue terbabab peha si kecil tu, mungkin sebab tak terbendung dah kesabaran gue melihat ‘Ammar tak henti henti merengek tanpa sebab, gue dah bagi susu, dah bagi biskut, dah tukar pempes,dah lambak menan-menan kegemarannya, bukak thomas n friends kat phdc, masih merengek yang pada mana waktu itu gue tgh sibuk sibuk nak bersiap ke office ..nak kejar subuh yg semakin menggajah…arrghh…….pap! dapat satu das kat peha dan rengekan ‘Ammar bertukar menjadi raungan lagi kuat!dan gue menempek menyuruh ‘Ammar diam dan duduk depan tc tengok thomas tu sementara gue nak mandi..solat dan siap siap ke ofis..jln jem lagi mau kejar…dia takmo diam ..gue mengugut nak kene babab lagi ke…tiba-tiba hati gue jadi sayu bila ‘Ammar stop meraung dan menyebut “nanak!” sambil geleng dan muka dia penuh dengan air mata berlinangan….erm…gue masih mengeraskan hati untuk tidak simpati dengan ‘Ammar dan meneruskan apa yang perlu di lakukan dengan secepat mungkin, gue masih dapat dengar lagi ammar kadang-kadang merengek semula..mungkin tak dapat bujukan dari gue…selesai solat dan gue kuar dari bilik utk start keta dan ‘Ammar mula cuba menarik perhatian gue, sambil menunjukkan thomas di tv..gue sekali lagi mengeraskan hati, dan berlalu tanpa memandang ‘Ammar….jauh di sudut gue mmg cair dengan cara ‘Ammar amik hati gue bila dia tau gue marah…sekali lagi Ammar cuba mencuri perhatian gue dengan mengambil remote tv dan astro dan off kedua-duanya sambil menyebut “pandai!” macam biasa gue selalu sebut kat dia bila kitorang nak kuar rumah dia akan tutup tv tanpa di suruh dan gue akan puji dia pandai…time tu gue tak boleh dah keraskan hati lagi sebab tak sampai hati…gue panggil ammar lembut dan ajak dia naik kereta…masa dia nak panjat kereta gue peluk dan cium dia terus minta maaf dan bgtau kenapa gue babab dia…sambil tu gue tengok peha dia ada tak bekas tangan gue…sadis jua tragedi di pg hari ini….dalam keta ‘Ammar cam biasa..happy dan sebut semua bas,lori dan car kalau dia nampak…gue mintak jua dia sayang (peluk dan cium) gue…dia buat mcm biasa..mungkin dia dah ok dan tak merajuk…
Ermm sehingga sekarang gue selalu runsing setiap kali gue babab dan marah ‘Ammar..adakah dia akan ingat dan simpan dalam hati..gue cuba taknak babab dan marah dia kalau dia taknak dgr cakap gue atau menotti…tp kadang-kadang tangan gue laju je penampak peha dan betis ‘Ammar….kalau tak marah pun tak boleh juga….gue taknak benda lain..gue cuma nak ‘Ammar jadi good boy je..kalau gue tak marah..diam kan je boleh ke dia gitu?Pernah gue sedapkan hati gue..ah biarkan la dia mcm tu..budak budak biasalah….kalau gi rumah org..statement ni boleh pakai ke?Buatnye dia terbiasa notti dari kecik mak bapak tak pernah marah…lain pulak jadinye…
Tapi kalau asik marah je nanti budak budak ni tak saiko ke?Gue taknak apa pun..gue cuma nak ‘Ammar jadi “orang” bila dah besar esok…sesungguhnya gue bukan la parents yg mithali atau perfect ..nak nak gue takde pengalaman jaga anak….huwaaaaaaaaaa….any nasihat from korang????

Puzzle minda!
by MakCikPC on Apr.17, 2008, under Layan Emo, Parenting
Salam..tajuk takde kene mengena ngan citer yang bakal aku tulis ni huhuhuhhh….saja nak share aktiviti yang menjalankan minda anak korang yang boleh di lakukan dalam keadaan sambil lalu gitu je…tak perlu sangat kad imbas bagai…muzik mozart ke apa ke….camni…aku rasa cara ni pun ok gak..tp tak tau l fungis utk apa…aku tau cara nak kasik anak bijak menangani masalah..atau cara-cara nak solve problem dalam englishnye heheheheh…
Gini..minggu lepas aku dok la lipat-lipat kain….ammar tengah main ngan abah dia…tiba-tiba dtg kat aku yg tengah lipat kain ni..suruh tanggal baju..baju sudah kotor…aku pun tanggalla baju dia…dan gantikan dgn baju lain yg ada lam longgokan baju-baju ammar…aku amik suar yg ada gambar kartun lembu susu dan pakaikan kat ammar..tetiba rasa nak uji kecekapan ammar pula…aku bagitau dia cuba cari mana baju kepada pasangan seluar ni…mesti la satu sut kan…aku bagi dia clue…baju tu ada gambar kartun lembu susu sebejik mcm kat hujung suar ammar ni…dan aku suruh di cari dlm longgokan baju dia….mcm biasa mmg dia sepahkan la sume longgokkan nak cari baju tu..lama sgt tu idak la..ada la lam 2-3 minit dia terus capai pasangan baju kepada suar tu…tepat sekali!!!aku tepuk tangan sungguh sungguh tau…dan terus pakaikan baju kat dia..tak henti henti puji…pada aku la..heheh rasa bangga gile…
ok…tak lama lagi nanti nak buka east cost mall kat kuantan ni..say bye bye to giant la..pasni shopping barang dapur kat carrefour je la…giant jauh sgt…dah tu nak u turn balik pun jauh..hazab!!!!yg bestnye east cost mall ni bakal ada big apple donut yg di kecoh kecohkan itu…tak pernah lagi rasa..tp nak jua cuba seketul dua…hehehe (takut gemuk)
Heheheh bawah ni pemandangan bandar kuantan dari opis aku…nampak tak building kaler oren tu..ke kuning ntah cam sama je aku tengok…situ la east cost mall….
Share citer lain pulak…..bebaru ni gi kuar minum dgn geng minum pagi (GMP) naik la kete salah sorang geng ni….buat la u turn…tup tup depan itu pak misai suar belang putih hitam sudah tunggu nak ngap kitorang…aiseh..kene saman dah…mmg takleh wat u turn situ…tp at least leh u turn kat kedai 2 tingkat yg sekarang ni dah jadi opis KPDN & HEP…dulu sebelum ada building ofis ni menyewa kedai tu la…tp kitorang kasik je org lain nak u turn situ…takde hal punn….tp bila diorang ni pulak menyewa ..banyak songeh la..siap wat mcm lam gambar ni ha tak kasik u turn…jln kuantan ni mmg bengong sikit weh..kalau tak u turn camne korang ni gi ke seberang sana…nak taknak kene u turn gak..takde jln lain….tu la tempat strategik nak u-turn pun….tengok la pic bawah ni…giler kejam tak org KPDN & HEP ni?Dulu kitorang tak wat pun mcm tu tau…sakit ke jantung diorang bila org wat u turn depan opis dia?bukan langgar kereta korang pun….excuse me..dulu ofis kitorang lagi banyak weh kereta parking kat lot kedai tu…korang ni ada la seketul dua kete…boleh je org ramai dok u turn situ..takde marah-marah mcm ni pun…
Selamba je aku snap pic ni hahahah..masa tu rakyat depa tgh ramai menghisap rokok depan building ni….hampes di klempes!!!!!!
Jadikan anak kita cemerlang!(dunia dan akhirat)
by MakCikPC on Apr.09, 2008, under Parenting
Salam,
Hye!jumpa lagi dalam ruangan sharing is caring heheheeh….ada beberapa artikel good parenting dalam bahasa melayu yang aku pernah baca….antaranye berkenaan nak jadi kan anak kite cemerlang.Nabi kita Muhammad s.a.w ada bersabda maksudnya lebih kurang macam ni …”bayi yang baru lahir umpama kain putih. Jadi ibu bapalah yang akan mencorakkannya”nak baik atau yang buruk. Malah ada pakar psikologi kanak-kanak membuat kenyataan yang sama dengan sabda Rasulullah.. “berikan kepada saya 10 orang bayi yang sihat… dan saya akan jadikan mereka Peguam, Doktor, Pencuri atau Peminta Sedekah”.
Moral of the story…ibu bapa la yang bertanggungjawab nak jadikan anak itu yang camana…negatif ke positif.
Ada kajian mendapatii lebih 70% keperibadian anak-anak sebenarnya dipengaruhi daripada apa yang dia lihat dan belajar dari ibu bapanya. Selebihnya barulah kesan dari pengaruh-pengaruh lain di sekitarnya. Cuba rujuk buku “21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang” dan “Menangai Anak Bermasalah” hasi penulisan Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.
Ada 4 tahap mendidik anak dengan cara berkesan mengikut cara Nabi kite Rasullullah s.a.w.
TAHAP PERTAMA – Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
TAHAP KEDUA – Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
TAHAP KETIGA – Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
TAHAP KEEMPAT – Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Kesimpulannya…anak yang baik bermula dari ibu bapa yang baik…penuhkan ilmu di dada supaya anak-anak yang kita lahir kan ini menjadi insan yang baik…dan sudah sudah tentunya mereka ini adalah amanah dari Allah yang perlu kita jaga sebaik mungkin.
Yakin dan percayalah… anak yang cemerlang lahir dari ibu bapa yang cemerlang juga, insyaAllah.

