Filem
Time is running out…
by MakCikPC on Sep.10, 2009, under Ammar, Arissa, Filem, Layan Emo
Sekejap je masa berlalu..makcik nye cuti maternity dah tinggal seminggu lebih je…ehem cuti makcik sampai 18hb 9 ni…tp since 18 tu jumaat..sambung la cuti sampai sabtu dan ahad..dan ahad tu pulak raya kan?isnin pun cuti raya kedua gak kan?selasa tu pulak company ganti cuti untuk ari raya pertama yg jatuh hari sabtu tu…rabu, khamis dan jumaatnye makcik apply cuti lagi…dan maybe 28hb 9 tu makcik cuti gak urusan kemasukkan arissa ke nursery,amik mykid dia…jumpa gynae…wat pap smear kot..tgk la..pastu tgh fikir nak wat family planning cara camner..sebab rasanya lama lagi ni nak sangkut..tunggu arissa pre-school kot..atau cukup 2 ni jer? uhuhuhuhuhhu..raya tahun ni turn kl kot?ntah la…takut mr pres wat last minit plan…erm….nak jalan2 sgt pun mr pres taknak ..takut H1N1 ni..maybe gi 2-3 rumah je…shopping raya pun tak lagi…kalau boleh nak masuk kedai kekecik je yg tak ramai org..erm camno tu?persiapan raya mcm baju mmg tak prepare apa-apa lagi..tengok la shopping kat kl nanti ke atau kat seremban ke..sebab bebudak leh tinggalkan dgn opah/nenek diorang….bahaya kat bebudak la kan?antibodi lemah….pastu bebudak ni takkan la nak pakai mask kot?
so cuti ni mmg byk lepak rumah je la..bertiga..mlm je berempat itu pun m pres ke masjid terawih…balik terawih dah ngantuk nak tido…so bila byk lepak rumah ..byk la rancangan tv yg makcik leh tgk…makcik suka channel kat astro discovery,nat geo,history..ni kalau layan lepas sahur mcm-mcm best woo…air crash investigate la….lost tapes….in the worm, 7 deathly sins…berbaloi la amik pakej ni..compare amik pakej variety dulu..langsung tak tengok..dulu purchase sebab nak tengok heroes..masa tu belum ada internet kat rumah..baru pindah……tp skrg heroes boleh download je kat internet…lagi sati berbaloi amik pakej katon…bukan sebab ammar je…makcik pun layan…eheehe…kalau kat nick tu..leh tgk wonderpets..kat phdc tu untuk ammar la…cartoon network pulak leh tgk ben 10…disney channel pulak makcik layan movie..bukan movie kartun je tau..movie ala-ala remaja pun ada…layankan je..bebaru ni layan princess protection program..best la jugak…
Pasal seoarang puteri kene selamatkan..dok jejauh dari costa rina ..dok dgn pegawai peribadi nya..pegawai peribadinya tu pulak ada anak pompuan…jadi princess terpaksa la ikut gi sekolah dan jalani normal life cam budak lain..supaya org len tak perasaan..dalam masa yang sama..kat skolah pulak buat pencarian prom queen…masa ni klimaks citer tu…mcm-mcm berlaku..hahahah kelakar!
Kalau dah boring lepak rumah..takde mender lain la nak buat selain snap pic bebudak ni dan layan ammar main..kadang2 kena berlakon…huhuhu…dalam banyak banyak pic..ada satu pic ni sgt cantik la bagi makcik…terus makcik edit sikit wat wallpaper kat lappy..wallpaper kat kat dekstop takleh ubah sebab ada pic dreaming car mr pres huhuuhuhuh….tara!..ini la pic yg sgt sgt istimewa tu….rasa mcm nak gi cuci dan wat frame la….
The Changeling
by MakCikPC on May.03, 2009, under Filem
Sebelum gi kl tu ada la beberapa movie yang gue layan….salah satunye citer angelina jolie ni….citer gambaran zaman 60an kalau tak silap…masa tu sistem investigate ni lemah…dna belum di perkenalkan…kalau salah…salah je…bukti bukti nak kumpul ke tak byk…
so cite changeling ni pasal si angelina jolie ni la…ibu tunggal..ada sorang anak lelaki usia 9tahun gitu… balik je keje tgk anakdia dah lesap..tak tahu kemana….report ke polis byk sgt alasan..kene tunggu 24 jam dulu la bau leh report..memang mcm-mcm rintangan si angleina ni kene hadapai dalam misi mendapatkan semula anak dia…polis memang dah jumpa anak dia..tp polis bagi anak org lain…takkan la seorang ibu takleh cam anak sendiri kan walaupun berubah sedikit pun..erm..citer lelebih karang tak syok pulak pada yang belum tengok heheheheh…..boleh la citer ni..ending tak puas hati la….pastu biasanya angelina jolie ni action kan lakonan dia…tp lam citer ni mcm takde aksi sgt even scene romance romance heheheheheheheh…mmg clean la citer ni…di arahkan oleh pelakon hero terkenal dedulu kala..Clint Eastwood..(abah gue kenal sesangat dia ni…dia je tak kenal abah gue eheheheeh)
bwh ni sikit sinopsis tambahan dari sinopsis yg gue berikan…

Keganasan yang menakutkan
DALAM sejumlah filem ‘spaghetti western‘ iaitu filem-filem koboi arahan sutradara Itali seperti Sergio Leone dengan pengambaran yang dilakukan di Sepanyol, watak-watak yang dimainkan oleh aktor Clint Eastwood ialah watak yang sentiasa berdepan dengan keganasan.
Dengan gaya lakonan ‘minimalist‘ wataknya yang terkenal ‘Lelaki Tanpa Nama’ adalah sebenarnya watak ‘antiwestern hero‘, seorang lelaki berdarah dingin dan seorang oportunis yang kejam, tetapi cukup enigmatik.
Maka filem-filem koboinya seperti Fistful of Dollar, For A Few Dollars More dan The Good, The Bad and The Ugly menjadi filem-filem koboi klasik dan turut membentuk formula untuk filem-filem Sphagetti Western.
Selama 35 tahun Eastwood muncul sebagai antara watak yang cukup berjaya dalam filem tetapi tanpa sebarang pencalonan Oskar.
Tetapi kemenangan filem Unforgiven telah mengubah kedudukan Eastwood menjadi pembikin filem yang cukup dihormati di Hollywood.
Sungguhpun keganasan telah menjadi subjek yang cukup utama sejak karya sastera bermula dan filem menjadikan keganasan satu keseronokan tetapi dalam Unforgiven, Eastwood ingin melihat kesan dan akibat keganasan itu kepada mangsa dan pelakunya.
Filem-filem Eastwood selepas itu sudah menjadi penilai semula erti keganasan dan kekerasan.
Sebenarnya keganasan adalah subjek yang tidak pernah lari daripada filem-filem Clint Eastwood, sama ada dalam Unforgiven atau Million Dollar Baby.
Kali ini dalam filem terbarunya Changeling (dihasilkan sebelum filem Gran Torino), Eastwood masih melihat kesan keganasan dan kekerasan.
Tetapi kali ini unsur keganasan itu datang dari satu sistem yang seharusnya menjadi pelindung dan kerana itu ia menjadi lebih menakutkan.
Changeling yang lakon layarnya ditulis oleh J. Michael Stracynski mengambil peristiwa sebenar tahun 1928 di Los Angeles.
Di permukaan ialah kisah penculikan kanak-kanak yang dilakukan oleh seorang pembunuh psikotik bernama Gordon Northcott (Jason Butler Harner).
Bagaimanapun, peristiwa penculikan kanak-kanak itu mula menarik perhatian umum apabila seorang ibu tunggal Christine Collins (Angelina Jolie) mendapati anaknya Walter Collins (Gattlin Griffith) tiba-tiba hilang dari rumah sekembalinya dia daripada bekerja.
Setelah lebih daripada lima bulan mencari, Christine tiba-tiba diberitahu oleh polis Los Angeles yang anaknya telah ditemui.
Tetapi kanak-kanak yang ditunjukkan itu disedari oleh Christine bukanlah Walter yang sebenar.
Kanak-kanak yang mengaku Walter ini lebih rendah, mempunyai perlakuan yang jauh berbeza dan tidak mengenali guru sekolahnya.
Tetapi pasukan polis Los Angeles yang berhadapan dengan tekanan daripada media kerana imej yang buruk disebabkan pelbagai rasuah, ganas dan tidak mempunyai kecekapan perlu mencari ruang membina reputasi dalam media dan akhirnya melihat kes penculikan Walter dan penemuan ‘Walter baru’ sebagai peluang membina imej baru.
Kapten J.J. Jones (Jeffrey Donovan) yang mengendalikan kes Walter Collins menggunakan pendekatan keras untuk memaksa Christine menerima Walter sebagai anaknya.
Bagaimanapun, Christine bukan sebarang wanita dan dia bertindak melawan tekanan polis dan akibatnya Christine menerima lebih banyak masalah daripada polis hingga akhirnya Christine dipaksa menerima rawatan di hospital pesakit jiwa Los Angeles yang jauh lebih mengerikan.
Di hospital ini Christine sekali lagi menerima tekanan daripada doktor yang tidak bersimpati dengannya.
Tetapi seorang paderi Gustav Briegleb (John Malkovich) nyata bersimpati dengan Christine dan berjaya membantu Christine menuntut keadilan.
Dalam Changeling, apa yang menarik ialah pendekatan naratif dan arahan Eastwood.
Arahannya kelihatan tenang, sensitif dan tidak mementingkan pendekatan sensasi dalam menangani elemen kekerasan.
Filem ini kelihatan awalnya sebagai sebuah drama penculikan daripada pembunuh bersiri kemudian berubah kepada drama seorang wanita yang melawan satu sistem yang sudah rosak.
Kemudiannya, dia berhadapan dengan keadaan yang mengerikan akibat penderaan psikologi yang dialaminya daripada ancaman yang datang dari kekerasan dan keganasan polis, terutamanya watak Kapten Jones yang sentiasa memancarkan senyuman yang sinis dan kering.
Biarpun pada lapisan atas filem ini mengisahkan kehilangan misteri seorang budak tetapi dalam proses pencarian itu, Eastwood dan Michael Stracynski sebenarnya mendedahkan segala korupsi, kelemahan dan kepincangan pasukan polis yang seharusnya menjadi sebahagian sistem yang melindungi orang awam.
Yang menariknya struktur filem Changeling ini tidak mengikut struktur konvensional Hollywood dengan kesimpulan yang pasti dan menggembirakan.
Sebaliknya, setia dengan pendekatan laporan peristiwa dan tidak membuat kesimpulan.
Apakah Walter sebenarnya mati atau berjaya melepaskan diri tetapi merasa trauma yang amat sangat untuk tampil menunjukkan diri?
Naratifnya, Changeling sekadar mendedahkan peristiwa demi peristiwa, tetapi distrukturkan dengan begitu dramatik sekali.
Filem Changeling dirakamkan dalam stail warna fotografi yang pastel yang lembut menjadikan filem ini begitu klasik.
Dalam filem ini Clint Eastwood sekali lagi memberikan perspektifnya tentang keganasan. Ia lebih untuk dirasakan dan bukan yang digambarkan melalui aksi.
Sumber:utusan
Si benjamin butang!
by MakCikPC on Mar.17, 2009, under Filem

Gue mungkin ketinggalan sebab tak tengok filem ni kat panggung..ntah la..bila ajak mr pres je dia mcm taknak..sebab fikirkan ammar…mana nak tinggal…jadi terpaksa la bersabar..tunggu kuar cd…itu pun tak dpt nak habiskan filem ni satu hari sebab dia running 2 jam 43 minit gitu la..(minit tu mungkin tak baper tepat hehehe) dah macam citer hindustan punyer lama…(eh ada lagi citer yg lama tayangan dia ..tak semestinya hindustan, cth: LOTR) kan…amik masa 3-4 hari nak habis sebab gue tgk kejap sambung balik bile free..lelama habis la kan?aci?
sebab menang 3 award kan..jadi nak tau la best ke sgt citer ni sebab org dok gembar gemburkan citer ni best….erm citer ni langsung takda action malas adegan tembak menembak pun takde..dia mengisahkan perjalanan hidup seorang lelaki ni yg di lahirkan tua dan kemudian muda dan kemudian jadi baby pastu mati…gitu je..kisah di mana sepanjang hidup dia yg pelik dia berjumpa dengan mcm-mcm org…especially mak angkat dia yg jumpa dia kat rumah kebajikan org tua…ayah dia mr button tu takleh terima baby yg lahir lahir badan kecik cam baby..tp berkedut kedut cam org tua…kehidupan dia mcm backwards gitu…ada kene mengena kot dengan jam yg mr gateau buat yg jarum jam tu pusing arah lawan jam..part ni gue tak faham…
erm..mls nak citer lanjut..sapa lum tengok..gi la carik dvd ke apa ke gi tengok..itu pun kalau nak tengok la..sapa yg tak berkenan sebab boring takde action-action tak tengok pun tak pe…tapi bagi gue..ok la best la…citer relax minda…tak sakit pala….4 bintang dari 5 bintang…guenye ratting!
Jumper review!
by MakCikPC on Apr.25, 2008, under Filem
Salam….
Punyela lama citer ni di tayangkan…dah basi dah pun…tapi aku tetap sabar menanti releasenye dvdrip lanun (ehem…gambar mesti grade AAA ye..lanun pun) ..selasa lepas layan la citer ni kat rumah…kata mini cinema heheeheh…skrg ni nak tengok wayang mmg tak dapat la…sebab ada ammar kan…budak tu reti ke nak duduk dia…tapi kata orang pulak..tak cuba tak tahu….heheh..takmo la cuba….taknak tanggung risiko!
Ok berbalik movie Jumper ni..walla hero dia tak ingat la sapa nama…tapi pernah berlakon jadi Anarkin Skywalker dalam star wars kalau tak silap…..comel sangat hero ni…cite ni pasal sorang budak yang ada power leh tele-port kat mana saje yang dia suka…mmg best….ada selit selit sikit unsur romantik…bila dia bawak awek dia yang banyak tanya tu ke Rome…senang betul nak beli tiket fligth..just jump to the bilik kebal bank…yg bestnye leh jumpe dgn musuh..letak la kat mana kita nak letak musuh kita tu…kalau aku la..heheheh aku nak letak kat atas tulisan Holiwood yang kat california tu hahahahahh…padan muka..jenuh nak balik dengan takda passportnye bagai heheheheh….
Citer ni memang best la….tambah best bila dia jumpa lagi sorang mamat (pun ada power leh jump mana saja yg dia suka)yang memburu “paladin”..selalunya “paladin” ni buru orang-orang yang ada ability tele-port atau jumper ni…tp budak ni pulak yg buru … dan dalam masa sama mengelakkan diri daripada paladin….ada adegan sedih tau…bila ayah si hero mati di bunuh paladin..dah la lama tak jumpa anak dia tu…isteri dia pula pun paladin jua..dan tinggalkan suami serta hero since umur 5 tahun lagi hero tu…mak dia mungkin dah tau kot kebolehan anak dia..tu yang dia terpaksa tinggalkan sebab dia tak sampai hati nak bunuh anak sendiri….erm best citer nih wey…sapa lum tengok..leh la tengok..tak terlambat punyer….

The Game Plan
by MakCikPC on Jan.08, 2008, under Filem
Semalam layan movie ni sampai terlupa nak tengok DUnia baru. Ekceli nampak iklan movie ni semalam akan di tayangkan di cinema ..nampak pelakon dia The Rock, waaa mcm best je citer comedy ni..mr pres yg ada masa tu terus cakap eh ada la dalam harddisk citer ni dah siap download dah….burn?belum lagi..take 1 hour to convert and burn with subtitle. Ok la..kite tengok wayang kul 10.(wayang kat rumah je)…ngam-ngam kul 10 siap convert dan burn semuanya.
Citer game plan ni berkisar pasal seorang bintang american football yang hidup dalam serba serbi mewah dan popular(dibintangi oleh The Rock WWE star).Maklumla bintang sukan.Satu hari beliau di datangi seorang kanak-kanak perempuan berumur 8 tahun yang mengaku anaknya dan bermulalah kehidupan Joe (nama watak tu) dengan kanak-kanak ni yang clash antara sport dan ballerina.Serta dalam memupuk kasih sayang seorang ayah dan anak dalam kehidupan dengan kengkawan player american football yang lain.
Memang best citer ni dan sesuai di tonton semua lapisan masyarakat. So papa-papa di luar sana jangan lupa ye menonton citer ni. Banyak unsur-unsur pengajaran yang terdapat dalam kisah ni dan di tambah dengan unsur-unsur komedi. Enjoy!
Tajuk filem: The Game Plan
Pengarah: Andy Fickman
Lakon layar: Nichole Millard, Kathtyn Price
Genre: Komedi, kekeluargaan dan sukan
Klasifikasi: Tayangan Umum [U]
Pelakon : Dwayne Johnson Douglas (The Rock), Madison Pettis, Kyra Sedgwick, Roselyn Sanchez, Morris Chestnut.
Sinopsis
Bintang bola sepak Top Boston, Joe Kingman (The Rock), sudah tidak dikenali oleh anak perempuannya sendiri apabila secara tiba-tiba, kisah silam perkahwinannya datang bertandang.
Daripada menyebabkan popularitinya berkurangan, anak perempuannya itu, Little Madison, bagaimanapun berjaya menaikkan semula nama Joe Kingman sebagai atlit pop ular.
Little Madison juga berjaya mengalih pandangan ayahnya daripada jatuh hati kepada wanita dungu, Tatianna kepada seorang guru, Monique Vasquez. Filem ini berakhir dengan kebahagiaan di mana sukan dan cinta bersatu.
The Gameplan




